[VIDEO] Cemas lihat ular tedung selar ‘berdiri’ di ruang tamu

SUNGAI PETANI – Tiga sekeluarga melalui detik cemas apabila seekor ular tedung selar sepanjang kira-kira empat meter masuk ke dalam rumah mereka di Kampung Serukam di sini semalam.



Nurhidayah Mohd. Shawal, 20, berkata, ular tedung tersebut disedari neneknya, Che Basah Baharom, 74, yang sedang berbaring di ruang tamu rumah kira-kira pukul 5 petang.

Menurutnya, ketika kejadian dia baru selesai menunaikan solat asar di dalam bilik sebelum neneknya datang dan memaklumkan tentang reptilia itu.





“Namun dia tidak pasti sama ada ular sebenar atau hanya ular mainan getah yang kami simpan untuk takutkan haiwan lain.

“Saya terus keluar untuk melihat dan saya menggigil apabila melihat ular tedung selar itu ‘berdiri’ setinggi kira-kira 0.6 meter di ruang tamu rumah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.





Sementara itu, sukarelawan dari Skuad Sungai Petani Respone Team, Mohd Amir Faizal Mohd Zaki berkata, dia mengambil masa selama 15 minit untuk menangkap ular berkenaan yang bertindak agresif. – K!