Terlupa beri sos, lelaki mahu bom McDonald’s

IOWA: Gara-gara terlupa memberikan sos pencicah untuk nuget dibeli, seorang lelaki didakwa mengugut untuk meletupkan sebuah cawangan McDonald di Amerika Syarikat (AS).


Lapor Mirror, Robert Golwitzer Jr, didakwa menghubungi restoran makanan segera itu di Iowa, Amerika Syarikat (AS) untuk mengadu tidak mendapat sos pencicah bagi makanan itu.

Menurut polis, pelanggan berusia 42 tahun itu berasa amat kecewa dengan makanan yang dipesannya.




Akibat berang, Golwitzer menerusi perbualan telefon mengugut akan menumbuk pekerja dan meletupkan cawangan restoran McDonald’s berkenaan.

Kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu kira-kira 5.20 petang (waktu tempatan).





Kata polis, Golwitzer ketika disoal siasat mengaku membuat ugutan demikian.

Golwitzer ditahan pada malam Sabtu dan didakwa atas tuduhan membuat laporan palsu mengenai alat letupan.

Lelaki itu kemudian dibebaskan dari Penjara Polk County dengan jaminan, pada keesokan hari, lapor New York Post.