Meja letak ‘food bank’ pun hilang

PETALING JAYA – Jika sebelum ini ‘kecoh’ di media sosial apabila segelintir individu tanpa segan silu mengambil semua barangan yang diletakkan di ‘food bank’ sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Lebih mengejutkan, meja yang digunakan untuk meletakkan barangan sumbangan turut ‘dilarikan’.



Menerusi satu gambar yang tular di laman Facebook, kelihatan beberapa barangan bantuan seperti tepung dan bihun berada di atas lantai selepas meja yang digunakan untuk meletakkan makanan itu hilang.

Selain itu, pemilik ‘food bank’ itu turut meninggalkan satu nota pesanan iaitu ‘Tolong Kembalikan Meja Saya’.





Bagaimanapun tiada mempunyai maklumat lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Sementara itu, orang ramai mengecam tindakan individu yang melarikan meja itu dan meminta ‘pencuri’ itu supaya mengembalikan dengan segera.
“Orang suruh ambil barang sahaja yang awak ‘rembat’ sampai meja pun hilang apa ke hal? Meja pun satu keperluan ke sekarang?,” soal seorang netizen.