Tren LRT laluan Kelana Jaya bertembung

KUALA LUMPUR- Prasarana Malaysia Berhad mengesahkan bahawa perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami kemalangan melibatkan tren bernombor 40 dan 81.



Beberapa penumpang dipercayai cedera selepas insiden melibatkan dua tren di Stesen KLCC dari arah Kampung Baru dekat sini tadi.

Train dari stesen Ampang. Kejadian berlaku di laluan bawah tanah KLCC.




“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

“Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” kata kenyataan itu.




Menurut sumber terkini difahamkan 47 penumpang cedera parah dan 166 mengalami cedera ringan.

Video dan gambar mengenai insiden itu telah pun tular di media sosial yang memperlihatkan penumpang bergelimpangan dan ada yang mengalami kecederaan dan berdarah