Perompak rogol mangsa depan suami sendiri

SUMATERA: Seorang wanita di Babat Supat, Sumatera Selatan bukan sahaja dirompak, tetapi menjadi mangsa rogol di hadapan suami sendiri.

Lebih menyayatkan hati, apabila kejadian rogol itu berlaku di dalam bilik tidur pasangan suami isteri itu, pada pukul 2 pagi seperti dilaporkan Tribunnews.



Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Muba, Ali Rojikin berkata, perbuatan terkutuk itu dilakukan suspek ketika hendak mencuri barang berharga di rumah mangsa.

Jelasnya, pelaku memasuki bilik pasangan suami isteri itu melalui tingkap ketika mereka sedang nyenyak tidur sebelum mengacukan pisau serta mengancam nyawa mangsa.




“Suspek meminta mangsa mendiamkan diri sambil mengacukan pisau ke arah mangsa. Kemudian, tangan dan kaki mereka diikat dengan tuala.

“Lelaki itu bertindak merogol wanita tersebut ketika tangan dan kaki suami mangsa masih terikat. Selepas merogol mangsa, pelaku merampas telefon bimbitnya dan melarikan diri,” katanya.




Mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan sehingga penduduk setempat membantu melepaskan ikatan tersebut.

Selepas itu, mangsa membuat laporan di balai polis dan suspek berjaya diberkas.