Saya mengaku saya bodoh – Janna Nick

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi terpalit pelakon dan pengacara Janna Nick apabila mengeluarkan kenyataan yang mengundam kecaman ramai.


Kesal akan tindakannya itu, semalam Janna dilihat ada memuat naik video memohon maaf secara terbuka kepada netizen yang terguris hati dengan perbuatannya sebelum ini.

Menerusi video tersebut, Janna dilihat tidak dapat menahan air mata ketika meluahkan segala perasaan yang terbuku di hatinya serta menyedari kekhilafan dirinya.

“Saya memohon maaf daripada semua seandainya saya ada mengguris perasaan sesiapa. Saya sedar akan kekhilafan saya dan saya sedar siapa lah saya tanpa sokongan anda,” tulisnya.

Janna turut menggelarkan dirinya bodoh kerana bergaduh dengan netizen sedangkan selama ini netizen dan peminat yang menyokong kerjaya serta drama lakonannya.




“Bila you guys support drama tu, trending kan drama tu, aku ni gaduh dengan orang, gaduh dengan peminat yang support drama aku.

Janna satu dan netizen kosong itu memang teruk. Saya minta maaf. Kenyataan pasal saya cakap orang biasa dengan artis, saya betul-betul tak ada niat nak bezakan artis dengan orang biasa.

“Dekat sini saya beritahu, artis itu juga orang biasa. Saya orang biasa dan saya buat salah. Saya harap sangat semua maafkan saya,” katanya.





Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Janna bertikam lidah dengan netizen di laman Twitter. Malah, Janna turut dikecam apabila menggelar seorang netizen sebagai ‘loser’