Kartunis Petai meninggal dunia

Kartunis terkenal, Roslan Kasim atau lebih dikenali dengan nama Petai, kembali ke rahmatullah pagi ini.



Menerusi perkongsian beberapa laman dan teman kartunis di media sosial, Petai, 49, yang popular sebagai kartunis di majalah Ujang, dikatakan meninggal dunia di Hospital Serdang kerana masalah pernafasan.

Perkhabaran duka itu disampaikan menerusi laman Facebook Rumah Kartun & Komik Malaysia.





Antara rakan kartunis yang menzahirkan ucapan takziah di laman media sosial termasuklah Ubi, Bendi dan Manggis, yang sama-sama pernah bekerja di majalah Ujang.

Petai terkenal dengan karya-karyanya seperti Dukun Petai, Pendekar Gunung Terkelendat, dan Tour of Japan.





Dia juga pernah terpilih untuk menyertai Pameran Kartun Asean di Tokyo, Jepun, sekitar 1990-an.

Selain terkenal sebagai kartunis Ujang dan Apo!, Petai pernah juga menerbitkan karya di Gila-Gila dan Gelihati.