VIDEO 8 sekeluarga lemas, kenderaan jatuh sungai

Betong: Lapan dipercayai sekeluarga lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar berhampiran Jeti Feri Triso, Beladin di sini, hari ini.


Difahamkan, semua lapan mangsa termasuk seorang bayi yang terperangkap dalam kenderaan terbabit sebelum dikeluarkan oleh orang awam, namun semuanya sudah tidak sedarkan diri.

Kejadian itu berlaku apabila kenderaan yang dinaiki sembilan mangsa itu cuba berundur selepas kapasiti feri ketika sudah penuh.

“Berdasarkan maklumat saksi, kenderaan itu tiba-tiba meluncur ke arah sungai lalu terjunam dalam arus yang agak deras,” katanya ketika dihubungi.





Orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap, namun ketika dikeluarkan semua mangsa tidak sedarkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3.14 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok serta BBP Simunjan dikejarkan ke lokasi yang terletak lebih 60 kilometer dari balai.

Senarai nama 9 korban Tragedl Feri Triso hari ini yang telah disahkan meninggaI dunia oleh pihak Klinik Beladin adalah::

1.Siti Aisha Abdullah – 36 tahun / Perempuan
2.Mohd Ahmad bin Mohd Hamdan – 4 bulan / Bay1 Lelaki
3.Muhd Mustaqim bin Mohd. Hamdan – 5 tahun / Lelaki
4.Mohd Aiman bin Mohd Hamdan – 7 tahun / Lelaki
5.Ronany Ting – 33 tahun / Perempuan (Pemandu)
6.Wallace Phang – 7 tahun / Lelaki
7.Alvin Phang – 12 tahun / Lelaki
8.Khairunnisa binti Muhamad – 14 tahun / Perempuan
9.Nor Shuhada ninti Mohamad – 16 tahun / Perempuan