Pejabat KWSP dibaling bom petrol di Miri

Miri: Gempar di Miri sebentar tadi apabila digemparkan dengan berita pejabat KWSP dibaling bom petrol oleh individu yang tidak dikenali.


Menerusi posting Facebook yang dibuat oleh pengguna Facebook yang bernama Man Pulo, orang awam didapati berkumpul di luar bangunan sambil satu objek yang dipercayai bekas bom petrol di dapati di atas rumput.




Image may contain: outdoor, text that says "Man Pulo 20 m Pejabat kwsp ditikam bom petrol.. memang sik dapat i-sinar ya, ya bok live kmk 2 laki bini nangga.."Manakala di dinding bangunan di dapati ada kesan terbakar kemungkinan kesan bom petrol yang di baling. Setakat ini punca kejadian masih lagi tidak diketahui.





Saksi memberitahu kejadian dipercayai dilakukan seorang suspek bermotosikal yang bertindak melempar bom buatan sendiri itu ke arah pejabat berkenaan, seterusnya balingan itu terkena pada ruang di antara tingkat dua dan tiga bangunan itu.

Polis sehingga kini masih menyiasat kejadian berkenaan dan operasi di pejabat KWSP tersebut berjalan seperti biasa.