Burung gagak pun diselamatkan bomba

GEORGETOWN: Anggota bomba berjaya menyelamatkan seekor burung gagak yang terbelit pada tali layang-layang di persimpangan Penjara Pulau Pinang, di sini hari ini.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 9.09 pagi.





“Ketika pasukan bomba tiba di tempat kejadian, terdapat seekor burung gagak terbelit pada tali layang-layang di atas pokok.

“Anggota menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan tangga dan burung itu dilepaskan daripada simpulan tali,” katanya kepada pemberita di sini.





Operasi tersebut dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak. – UTUSAN