[VIDEO] Helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati

KUALA LUMPUR: Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis mengesahkan berlaku kejadian helikopter terhempas berhampira Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi.



Kejadian melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas.

Ketika ini pihak bomba dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan mangsa.





Harian Metro melaporkan maut dalam nahas berkenaan yang dipercayai berlaku pada 11 pagi itu.

Laporan awal menyatakan terdapat 4 mangsa, dua lelaki dan dua perempuan dimana dua daripada mereka dipercayai didapati tidak sedarkan diri.