Joey Chiu individu pertama miliki PS4, PS4 pro dan PS5

SEORANG lelaki menjadi individu bertuah apabila menjadi orang pertama yang berjaya memiliki konsol permainan video terbaharu keluaran Sony, PS5.


Lebih istimewa buat Joey Chiu, dia menerima PS5 itu sehari sebelum pembeli lain memilikinya melalui pra-tempah.
Bungkusan yang dihantar kepada Chiu turut ditulis dengan mesej istimewa daripada Sony.

“Kesabaran itu adalah satu perkara mulia. Ini hadiah untuk anda.”




Chiu berkongsi keterujaannya dengan memuat naik gambar itu di akaun Twitternya.

Ini bukanlah kali pertama Chiu terpilih menjadi ‘individu kehormat’.





Sebelum ini, ketika PlayStation 4 dilancarkan pada 2013 dan PS4 Pro dilancarkan pada tahun 2016, dia menjadi orang pertama yang berjaya memiliki kedua-duanya.

PS5, yang mula dipasarkan pada Rabu, dikhabarkan sudah habis dijual di kebanyakan kedai di Malaysia.