[VIDEO] Pemandu mabuk buat hal lagi

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipercayai dipandu pemandu mabuk.



Video berdurasi seminit itu memaparkan kereta jenis perodua Myvi dirempuh kenderaan SUV jenis Volvo dari arah depan dan berada dalam keadaan melintang arus.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian bertindak membantu wanita terbabit dengan memintanya keluar dari kenderaan manakala pemandu Volvo itu hanya berada di dalam kereta.




Difahamkan pemandu kenderaan SUV itu dalam keadaan mabuk dan bertindak memandu secara merbahaya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian.





“Polis kini sedang mengesan pemandu kenderaan berkenaan,” katanya.