[VIDEO] Lelaki Bawa ‘Nurse’ Tunjuk Lagak Di Simpang Jalan

Waktu pagi sememangnya situasi yang agak kalut apabila masing-masing berpusu dijalan bagi memulakan tugas harian. Kenderaan juga pastinya bersimpang siur di jalan raya dan kesesakan lalu lintas sudah tentu berlaku.


Jadi, sikap sabar haruslah lebih diutamakan agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini ketika menuju ke tempat mencari rezeki.
Namun begitu, ada juga yang tidak berjaya mengawal amarah disebabkan salah faham ketika mengendali kenderaan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hisyam Nozi, dia telah memuat naik satu video mengenai sikap menunggang motosikal yang memukul penunggang motosikal yang lain disebabkan salah faham dijalan.




Menerusi maklumat dari Hisyam, penunggang motsikal tersebut yang membawa seorang jururawat telah menolak satu motosikal lain sehingga penumpangnya yang merupakan seorang kanak-kanak dan wanita dewasa turut terjatuh dari motosikal.

Dalam kenyataan tersebut juga, dia ingin melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa kerana kejadian tersebut berlaku dalam kawasan Masjid Khalid al Walid MINDEF.




Sehubungan dengan perkongsian tersebut, perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan muat naik itu.

Mereka telah menyelar tindakan biadap lelaki itu kerana membawa imej buruk kepada petugas barisan hadapan apabila sesuka hati mencederakan orang lain tanpa sebab yang kukuh.