Tiada larangan rentas negeri Aidiladha ini

KERAJAAN memutuskan tiada halangan rentas negeri menjelang Aidiladha ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Di media sosial, macam-macam diperkatakan mengenai perkara ini. Sebenarnya tidak ada sekatan balik kampung (menjelang Aidiladha).




“Kita jaga kita, kita kena pastikan. kita patuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan

“Keputusan kita tidak ada rentas negeri atau daerah. Tidak ada, mereka bebas untuk balik,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perdana Putra hari ini.




Penerangan SOP Hari Raya AidilAdha seperti berikut.

1. Hadkan jumlah haiwan yang dikorbankan. Tidak lebih 10 ekor bergantung kepada keluasan kawasan.

2. Kerajaan menggalakkan penyembelihan di pusat penyembelihan.

3. Jumlah yang dibenarkan 20 orang setiap 1 ekor. Jika 10 ekor bermakna 200 orang maksimum termasuk tukang sembelih, melapah dan lain-lain petugas.

4. Jamuan makan dan kenduri tidak dibenarkan kecuali yang dibungkus sahaja.

5. Jamuan di rumah tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

6. Individu yang sedang menjalani kuarantin di rumah tidak dibenarkan keluar dan tidak dibenarkan menerima tetamu.

7. Majlis pernikahan dan perkahwinan tertakluk kepada SOP Jabatan Agama Islam negeri.

8. Kerajaan Sarawak memutuskan untuk hadkan pergerakan perjalanan antara zon mulai 1hb Ogos sehingga 14hb Ogos dan penerbahan keluar masuk juga dikurangkan.

9. TIADA halangan rentas negeri di semenanjung dan Sabah.

10. Penguatkuasaan pematuhan SOP penjarakan sosial diteruskan.