Pelajar meninggal dunia selepas pengsan dalam kelas

Gambar Hiasan

PELAJAR lelaki Tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur meninggal dunia selepas dikatakan pengsan di dalam kelas, hari ini.

Pelajar itu, Amiruddin Naim Ariffin, 15, dikatakan dalam keadaan baik dan suhu badannya juga tidak menunjukkan sebarang simptom demam atau tidak normal.



Ketika kejadian, Amiruddin bersama pelajar lain dikatakan sedang mendengar taklimat guru berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi bagi mencegah penularan Covid-19 di dalam kelas.

“Dia kemudian dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan proses bedah siasat akan dijalankan oleh pihak hospital bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.





“DIA memang tiada sakit apa-apa. Dia seorang anak yang sihat dan tiada sejarah penyakit selama ini.”

Begitu kata wanita dikenali sebagai Nora, 51, ibu kepada Amiruddin Naim Ariffin, 15, yang pengsan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras, tanpa sempat memulakan hari pertama persekolahan yang dibuka semula, semalam.

Nora berkata, kali terakhir dia bercakap dengan Amiruddin adalah sebelum anaknya itu keluar untuk ke sekolah kira-kira jam 7 pagi.

“Dia berjalan ke sekolah dengan beberapa rakan kerana kediaman kami terletak tidak jauh dari sekolah.

“Kira-kira jam 7.50 pagi (semalam), saya mendapat panggilan telefon daripada seorang gurunya yang menyatakan anak pengsan sebelum terus bergegas ke sekolah untuk melihat keadaannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.




Amiruddin kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras di sini, dengan ambulans namun disahkan meninggal dunia sejurus sampai di hospital untuk rawatan.

Menurut Nora, Amiruddin yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu berada dalam keadaan sihat dan tiada menunjukkan sebarang gejala penyakit.

“Saya pun tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya dan menunggu keputusan bedah siasat yang dijalankan pihak hospital,” katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan kejadian.



,