VIDEO Robot Anjing pemantau ronda taman

‘ROBOT anjing’ dinamakan Spot kini menjadi petugas peronda di Taman Bishan – Ang Mo Kio di sini, bagi memantau penjarakan sosial di negara itu.


Global News yang memetik kenyataan media oleh GovTech Singapore melaporkan robot dengan warna kombinasi kuning dan hitam itu memiliki empat kaki.

Ia dibangunkan Boston Dynamics sebagai projek percubaan perintis bagi mengingatkan pengunjung taman berkenaan supaya mengamalkan penjarakan sosial.

Robot itu juga mengeluarkan suara wanita yang memberi pesanan, “Mari menjaga kesihatan Singapura. Demi keselamatan anda dan individu sekeliling, sila berada pada jarak satu meter dengan satu sama lain.”





Difahamkan, Spot akan bergerak pada jarak tiga kilometer di sekitar taman dalam tempoh dua minggu, mulai 8 Mei lalu.

Ia membuat rondaan pada waktu puncak dan memberi peringatan menerusi rakaman pesanan suara.