Polis buru Myvi lawan arus, sebabkan kematian

POLIS sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang melawan arus hingga menyebabkan seorang maut dan seorang lagi patah kaki kiri dalam kejadian di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.35 pagi itu, mangsa, Mohamad Hafiz Bakri, 31, dan Lim Kar Tian,34, menunggang motosikal sebelum dilanggar kereta yang dipandu secara melawan arus.

Akibatnya kemalangan itu, Mohamad Hafiz meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Kar Tian cedera di kaki kiri.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi itu memandu secara melawan arus dari Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menuju ke arah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.

“Selepas melanggar kedua-dua penunggang motosikal itu dia terus melarikan diri.

“Ketika kejadian, pengguna jalan raya lain tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kereta suspek dan usaha mengesannya giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.




Image may contain: one or more people, motorcycle and outdoor, text that says "Penang Kini 6 hrs Kemalangan di susur masuk jambatan PP hala ke Pulau jam 11 pagi tadi. (Sebelah Jinko) Menurut laporan yang admin terima, sebuah Myvi berwarna putih dipercayai telah melawan arus dan dan merempuh dua buah motosikal.... More +6"Shafee berkata, mayat Mohamad Hafiz dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan laporan mendapati dia maut akibat kecederaan pada kepala.

Beliau berkata, Kar Tian juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi polis atau tampil di balai berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.