Azhar Ali Akhirnya Mengaku Biasiswa NASA Tidak Benar

Semalam kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter @theotherazharal ataupun nama sebenarnya Azhar Ali berkongsi kejayaan beliau mendapat biasiswa NASA.



Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengucapkan tahniah kepada dirinya atas kejayaan yang dikecapi. Malah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh beliau.

Akan tetapi, kesahihan perkongsian tersebut diragui oleh netizen dan rata-rata netizen mulai untuk mencari kebenaran disebalik perkongsian tersebut. Terdapat yang mendakwa Azhar Ali berbohong akan biasiswa yang diterima dan reka sendiri maklumat tersebut.

Malah, ada yang mendakwa tiada nama beliau dalam website NASA serta syarat untuk sertai program yang dikatakan bersyarat dimana antaranya adalah perlu berwarganegara atau penduduk tetap Amerika Syarikat.




Hari ini, Azhar Ali dalam satu kenyataan menjelaskan perkara sebenar tentan dakwaan netizen. Beliau mengatakan bahawa beliau sertai pertandingan pakaian NASA dalam kategori gred 9-12 dan telah menghantar penyertaan tersebut.

Beliau menerima email mengatakan rekaan beliau terpilih sebagai top 1% pada 2 minggu selepas itu. Kemudian, beliau turut menerima email dari NUS tetapi bukanlah dari domain NUS dan disebabkan rasa mungkin ditipu membuatkan beliau menghubungi pihak NUS.

Tambah Azhar, beliau juga sudah menghubungi pihak NASA untuk mendapatkan pengesahan sama ada beliau mendapat biasiswa atau tidak di laman rasmi NASA. Beliau juga meminta agar orang ramai berhenti untuk membuat kenyataan yang tidak benar bagi pihaknya.