[VIDEO] Man United mara ke pusingan keempat Piala FA

JUAN Mata memastikan Manchester United mara ke pusingan keempat Piala FA menerusi gol kemenangan pada minit ke-67 sekali gus mengatasi Wolverhampton Wanderers, 1-0 dalam perlawanan semula, di Old Trafford awal pagi ini.



Mata menerima hantaran Anthony Martial dan tenang menolak bola mengatasi penjaga gol, John Ruddy untuk gol tunggal perlawanan.

Sekali pun lawan yang juga dari Liga Perdana itu yang terlebih dahulu memperoleh jaringan pada minit ke-10 tetapi dinafikan oleh VAR.

Perlawanan pertama di Molineux berakhir dengan kedua-dua pasukan dalam kelompok 32 terakhir Liga Europa seri tanpa jaringan dengan United gagal mendapat sebarang cubaan tepat ke gol.





Sambutan United bagaimanapun terhenti kerana kecederaan dialami penyerang utama mereka, Marcus Rashford yang masuk selaku pemain simpanan pada babak kedua.

Rashford hanya sempat bermain kurang 15 minit sebelum dikeluarkan kerana kecederaan.