Helikopter pemilik Leicester City terhempas di luar stadium

Image result for Vichai Srivaddhanaprabha helicopterHELIKOPTER kepunyaan pemilik Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha terhempas di luar Stadium King Power beberapa minit selepas berlepas.

Leicester City beraksi menentang West Ham United di stadium berkenaan semasa insiden tersebut berlaku.



Saksi berkata helikopter tersebut berlepas seperti biasa dari stadium dan dilihat terhuyung hayang sebelum terhempas di tempat letak kereta di luar perkarangan stadium.

Srivaddhanaprabha dilaporkan berada di dalam helikopter tersebut yang dalam perjalanan menuju ke London sebelum ia terhempas.

 Helikopter tersebut terbakar selepas terhempas.



Vichai Srivaddhanaprabha.

Srivaddhanaprabha sering diambil oleh juruterbang helikopternya di padang Stadium King Power setiap kali selepas perlawanan Leicester di gelanggang sendiri.

Seorang lagi saksi berkata dia melihat penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel berlari ke arah helikopter yang terhempas itu.

Perlawanan tersebut berkesudahan 1-1 dan berakhir kira-kira sejam sebelum helikopter tersebut berlepas.

Semasa di bawah pemilikan Srivaddhanaprabha, Leicester City menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2016.

Kira-kira 80 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Srivaddhanaprabha membeli saham Leicester pada Ogos 2010 dan dinamakan sebagai pengerusi pada Februari 2011.

Stadium tersebut dikosongkan dan kawasan itu ditutup sementara petugas kecemasan sedang melakukan siasatan.