Telinga ‘rabak’ kerana bola

PEMAIN bolasepak di China cedera sebahagian telinga akibat ‘digigit’ pemain lawan pada satu perlawanan amatur.




Insiden mengerikan itu dilapor berlaku ketika perlawanan Piala Laoye di daerah Guangxi, dekat bandar Nanning antara pasukan Aogui dan Malu, kelmarin.

Perbalahan tercetus selepas pengadil memberikan sepakan percuma kepada salah satu pasukan akibat kekasaran.




Menurut The Sun, perang mulut dua pemain bertukar kasar selepas seorang pemain Aogui tiba tiba diserang dan digigit telinga kirinya.

Rakaman menunjukkan keadaan menjadi kelam kabut apabila lebih ramai pemain dua pasukan itu turut campurtangan.



Polis Nanning bergegas ke tempat insiden berlaku dan pemain terbabit berdepan tuduhan melakukan serangan.

Persatuan Bolasepak Guangxi selaku pentadbir bolasepak wilayah itu mendakwa ia adalah perlawanan ámatur’ dan berlangsung tanpa pengetahuan mereka.