Liga Juara-Juara: Benam City, Klopp enggan dabik dada

Klopp embraces the Liverpool talisman as he makes his way down the tunnel after picking up an injury just after half-timeLIVERPOOL 5 April – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menghamburkan pujian terhadap aksi anak-anak buahnya selepas memastikan bekalan selesa untuk dibawa dalam aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester City pada 11 April ini.




The Reds menewaskan The Citizens 3-0 pada pertemuan suku akhir pertama dan keputusan tersebut mengejutkan ramai pihak termasuk Klopp yang melabelkan City sebagai pasukan terbaik di dunia.

“Perlawanan yang sangat bagus. Kami menewaskan pasukan terbaik di dunia. Saya tidak fikir bahawa ini merupakan pencapaian terbaik saya di sini. Saya tidak pernah berada dalam pasukan terbaik di dunia namun saya sentiasa menyedari mereka boleh dikalahkan.

Salah slides to his knees as Roberto Firmino and Andy Robertson join him in celebrating his opening strike in the tie“Jika saya menjawab soalan anda dengan cara yang anda mahukan, Pep (Guardiola) perlu meletakkan keratan akhbar tersebut di dalam bilik persalinan mereka dan berkata ‘lihat apa yang Klopp katakan’. Kami bekerja keras namun kami belum melepasi peringkat ini jadi buat apa saya perlu meraikannya?

“Kami mempamerkan corak permainan berbeza. Pada babak pertama kami sangat aktif, sempurna dan menutup ruang. Kami menggunakan peluang yang ada untuk menjaringkan tiga gol menarik namun masih ada ruang untuk kami perbaiki,” kata Klopp.





Mohamed Salah menjaringkan gol pertama dan merupakan jaringan peribadi ke-38 untuk musim ini namun dia dikeluarkan kerana mengalami masalah di bahagian pangkal paha.

Bagaimanapun, Klopp berkata isu tersebut tidak serius dan dia perlu melihat kembali keadaan Salah untuk diturunkan dalam aksi timbal balik. Kapten Liverpool, Jordan Henderson tidak dapat diturunkan untuk aksi timbal balik kerana mengutip satu kad kuning.

“Sejak saya berada di sini, perkara yang baik tidak akan berlaku tanpa berita buruk. Mo (Salah) datang ke tepi padang dan dia berasakan sesuatu. Itu sudah cukup untuk saya untuk tidak bertanya kepada doktor. Selepas perlawanan saya bertanya kepadanya dan dia berkata dia berasa baik, jadi kami perlu menunggu laporan,” katanya lagi.



Jurgen Klopp shakes hands with his opposite number in the technical area before kick-off at a packed AnfieldSementara itu, meskipun bas City diserang oleh sebahagian penyokong Liverpool sebelum aksi sepak mula namun pengendali The Citizens menegaskan perkara tersebut bukan menjadi punca kepada kekalahan pasukannya malah berkata mereka akan bangkit untuk aksi timbal balik.

“Keputusan ini sukar untuk diterima namun saya tidak berasa apa-apa (terkeluar). Saya menaruh kepercayaan kepada pasukan ini. Mereka mempamerkan aksi menakjubkan sepanjang musim ini. Kami ada baki 90 minit lagi. Kami akan terus mencuba,” katanya. – AGENSI