Griezmann Buat Arsenal Kecewa Di Emirates

After his first shot was saved by David Ospina, Griezmann fired beyond a sliding Shkodran Mustafi and into the netLONDON 27 April – Beraksi digelanggang sendiri dan lawan hanya bermain dengan 10 pemain selama 80 minit gagal dimanfaatkan oleh Arsenal apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Altletico Madrid pada perlawanan separuh akhir Liga Eropah di stadium Emirate awal pagi ini.





Ini sekali gus menyukarkan harapan untuk memberikan sebuah piala untuk Arsene Wenger sebagai hadiah perpisahannya.

The Gunners bermain dengan kelebihan seorang pemain selama 80 minit apabila pemain Atletico Sime, Vrsaljko dilayangkan kar merah pada awal permainan.



Mereka gagal menggunakan peluang itu untuk mencatat kemenangan selesa sebelum bertandang ke gelanggang lawan bagi pusingan kedua walaupun Alexandre Lacazette menjaringkan gol pendahuluan selepas sejam perlawanan.

Jurulatih Atletico Diego Simeone turut dibuang padang selepas kad merah Vrsaljko, namun kelab Sepanyol itu terus bertahan dan tidak mensia-siakan peluang yang hadir apabila Antoine Griezmann memastikan mereka membawa pulang gol berharga di tempat lawan lapan minit sebelum tamat perlawanan. – AFP