Skuad Kim Swee Bangkit Catat Seri Setelah Ketinggalan

Image result for Guangzhou R&F 2-2 malaysia u22Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee masih belum mencatatkan kemenangan ketika aksi jelajah di China.

 

Setakat semalam, mereka sudah mengharungi dua perlawanan dan keputusan nampaknya masih belum meyakinkan.

Kelmarin, mereka tewas 0-1 kepada pasukan B-22 China, diikuti keputusan seri 2-2 dengan Guangzhou R&F pada aksi persahabatan kedua semalam.

Pada perlawanan semalam mereka berjaya mengikat pasukan simpanan Guangzhou R&F setelah ketinggalan  dengan dua jaringan.

Menurut Kim Swee, barisan pemainnya masih bergelut dengan prestasi dan ia seolah-olah membuktikan bahawa mereka belum bersedia bersaing di pentas tertinggi.

Jelas Kim Swee, beliau tidak menafikan sebahagian besar pemain muda negara dilihat masih belum bersedia tetapi pada masa yang sama, pengendali kelahiran Melaka itu menggesa anak-anak buahnya kembali bangkit untuk membuktikan kebolehan sebenar.





Katanya lagi, skuad muda negara dilihat terlalu menghormati Guangzhou R&F sehingga memberikan mereka ruang untuk meloloskan diri.

Begitupun katanya, kemasukan bintang muda Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid pada separuh masa kedua telah mengubah corak permainan pasukan negara.

“Prestasi para pemain tidak begitu memuaskan tetapi selepas membuat tujuh pertukaran, banyak kelemahan yang saya kenal pasti.

“Mereka mempunyai sikap yang cukup positif. Walaupun ketinggalan dua gol tetapi mereka bangkit untuk menyamakan kedudukan.

“Itu satu petanda yang cukup baik tetapi secara keseluruhan, beberapa pemain masih lagi belum dapat membuktikan kemampuan mereka untuk beraksi di pentas tertinggi

“Jadi, saya mengharapkan mereka supaya bangkit dan tampil dengan aksi yang lebih agresif,” kata Kim Swee semalam.

Pada perlawanan di Baining Football Training Base, Guangzhou itu, Guangzhou R&F membuka tirai jaringan menerusi Deng Zhiyao (m-21, m-38) tetapi insiden kad merah yang dilayangkan kepada Zeng Chao dan Sean Eugene Selvaraj pada minit ke-44 sedikit mencemari permainan.

Skuad muda negara bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Safawi pada minitke-47 dan ke-53.

Skuad negara bakal mengakhiri siri perlawanan persahabatan di China dengan menentang Guangzhou Evergrande esok.