Liga Hoki Dunia: Gol Tunggal Razie Cerahkan Peluang Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Jaringan tunggal Muhammad Razie Abdul Rahim berjaya menghidupkan peluang Malaysia ke Piala Dunia 2018 apabila mengalahkan Korea Selatan 1-0 dalam saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di London, awal hari ini.

Pada perlawanan ketiga Kumpulan A, skuad bimbingan Stephen Van Huizen itu mempamerkan aksi yang lebih fokus dan disiplin yang tinggi untuk menjayakan misi wajib menang menentang Korea Selatan.





Pada perlawanan yang mana kedua-dua pasukan perlu menang itu, Korea Selatan terlebih dulu mengasak kubu Malaysia dan hampir memperoleh jaringan pada minit pertama perlawanan namun berjaya ditangkis penjaga gol kebangsaan S. Kumar.