Jurulatih Singapura Kecewa Pemain Tidak Sabar Tukar Jersi Dengan Pemain Argentina

Image result for Safuwan Baharudin Di Maria jerseyJurulatih skuad kebangsaan Singapore, V. Sundramoorthy melahirkan rasa kekecewaan melihat sikap anak buahnya yang tidak sabar untuk menukar jersi dengan bintang Argentina ketika perlawanan belum berakhir.

Dalam perlawanan itu, 2 pemain skuad kebangsaan Singapore bertindak menukar jersi dengan Di Maria dan bintang Juventus, Paulo Dybala ketika berjalan ke bilik persalinan sebaik sahaja perlawanan separuh masa pertama tamat.

”Pemain berjaya mengekang asakan daripada pasukan Argentina sebelum lawan menjaringkan gol melalui sepakan sudut. Ini perlawanan menentang pasukan terbaik dunia dan pemain saya sudah beri yang terbaik. Saya fikir mereka akan belajar sesuatu daripada perlawanan ini,” kata Sundram.

Pada masa yang sama, Sundram kecewa dengan sikap kurang sabar daripada pemain yang terus menukar jersi walaupun perlawanan masih belum tamat.




“Pertukaran jersi ini sepatutnya dilakukan selepas tamat perlawanan. Saya terkejut dengan tindakan mereka dan mereka kurang sabar”

Baru-baru ini penyokong Singapore menyebarkan gambar pemain pertahanan Singapore, Zulfahmi Arifin meminta jersi daripada Dybala di media sosial bersama gambar Safuwan Baharudin dan Di Maria.

Pemain ini sempat menukar jersi sebelum keluar dari padang pada separuh masa pertama.

Perlawanan tersebut berakhir dengan jaringan memihak kepada Argentina 6-0 dan mengundang kritikan pedas daripada penyokong Singapore yang mempertikaikan kualiti permainan pasukan mereka.

Tetapi yang paling menjadi tumpuan ialah riak wajah Sundram yang berubah apabila ditanya mengenai tindakan pemain menukar jersi sehingga memberi gambaran sebenar bolasepak Singapore.

Highlights
[evp_embed_video url=”https://cdn.video.playwire.com/21772/videos/5415749/video-sd.mp4″]