F1: McLaren Hilang Sabar Dengan Honda

4 Reasons Why Honda’s F1 Engine Is So Terrible  - Formula 1LONDON – Ketua pasukan McLaren, Zak Brown berkata, pihaknya tidak boleh bersabar dengan isu yang terpalit membabitkan pasukannya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) sekali gus yakin mereka akan menamatkan hubungan kerjasama dengan Honda tidak lama lagi demi kepentingan perniagaan.

Brown menegaskan, tindakan tersebut dilakukan untuk menjaga hubungan dengan pihak penaja selain turut kehilangan wang kemenangan selepas gagal meraih sebarang mata sepanjang sembilan perlumbaan musim ini.

Meskipun Honda telah melakukan pengubahsuai­an dengan menukar unit kuasa, namun masalah tersebut berulang pada Grand Prix (GP) Kanada apabila Fernando Alonso terpaksa berputih mata untuk mengutip satu mata pertama selepas jentera itu rosak ketika perlumbaan hanya berbaki empat pu­singan untuk tamat.





Masalah pada enjin Honda telah dikesan sejak sesi ujian pramusim 2017, namun pelbagai usa­ha dilakukan pengeluar itu menemui jalan buntu sehingga mencetuskan spekulasi bahawa McLa­ren kini dikatakan sedang berbincang untuk kembali menjalin kerjasama de­ngan bekas pembekal enjin, Mercedes.

“Saya rasa keputusan tersebut bakal dilakukan atas kepentingan perniagaan dalam meneruskan perlumbaan F1. Masalah yang timbul pada setiap perlumbaan menyebabkan kami kehilangan wang kemenangan dan bakal kehilangan tajaan pada masa akan datang.

“Jika seseorang mening­galkan pasukan itu dan menyertai pasukan lain, ia bermaksud pelumba tersebut tidak gembira untuk berada dalam pasukan itu. Jadi, kami mengha­rapkan sesuatu yang po­sitif tetapi masalah lama tetap berlaku.

“Saya tidak tahu apa yang pihak Honda fikirkan ketika ini, tetapi saya yakin semua orang di luar sana hanya fikir Honda perlu mencari jalan terbaik untuk memperbaiki keadaan tersebut. Buat masa ini ia tidak berlaku sama sekali,” katanya. – Agensi