Diganggu Pengkid, Che Ta Mengamuk Di Instagram

Diganggu Pengkid, Che Ta Mengamuk Di Instagram?Semalam pelakon glamor ni Rozita Che Wan dah mengamuk kat Instagram (IG) dia.

Menerusi muat naik foto di Instagramnya, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan mengatakan individu dalam gambar tersebut sering kali mengganggu dengan panggilan sayang.

Tak tahan sering mengganggu, Che Ta akhirnya mengambil keputusan ‘menghamburkan’ kemarahannya itu dengan memuat naik gambar wanita yang berpenampilan seperti lelaki itu.

“Allah dah bagi kau jadi pompuan nak jadi jantan! Dah jadi jantan, kacau bini orang! Kau nak jadi apa sebenaqnya? Jadi syaiton ka? Dok bersayang- sayang dengan bini orang, muntah la dik! Bulan posa ni muhasabah diri!

“Nak jadi apa pun tak kisah la, jangan kacau hidup orang lain! Ini sebenarnya jalan terakhir yang saya terpaksa ambik diatas kedegilan kau! Pujuk tak makan saman, marah pun kau tak heran, ini ja makan kau bila aku terpaksa up gambaq ala-ala jantan kau dik,” tulis Che Ta.

Menerusi komen yang ditinggalkan followers ibu Aaisyah Dhia Rana ini, mereka mengatakan individu yang dimaksudkan itu merupakan seorang penyanyi baharu, Delladellon yang pernah tampil dengan single Persia.

Menurut sumber astrogempak, isteri orang yang Della Dellon kacau dan panggil sayang itu bukanlah Che Ta tetapi adik iparnya.

“Ramai orang salah faham bila Che Ta muatnaik gambar Della Dellon dan sangka penyanyi wanita berperwatakan lelaki tu kacau dia.

“Yang sebenarnya, Che Ta naik hantu sebab Della ni kacau isteri adik dia! Aku tak salahkan Che Ta atau rasa dia sengaja nak aibkan Della, tapi macam yang dia tulis…itu jalan terakhir yang dia ada.

“Kakak mana yang tidak marah apabila tahu rumah tangga adik sendiri kacau bilau disebabkan orang ketiga? Dan bila diselidik, orang ‘ketiga’ itu kaum sejenis pula!

“Lebih dasyat lagi, adik ipar Che Ta ni ada anak kecil umur 9 bulan tapi terbuai dek penangan ‘cinta’ si Della tu…!,” kata sumber tersebut kepada astrogempak semalam.

Aduh Della, kenapa berani ‘bersayang-sayang’ dengan isteri orang dan tak mahu mengalah apabila sudah ditegur dengan baik?

MYNEWSHUB.CC /ASTROGempak