Zombie Pokemon GO Ganggu Penduduk Hornsea

The scene at night in Hornsea where residents are being kept awake all nighKerana Pokemon Go, penduduk di kawasan berhampiran taman memorial untuk memperingati wira perang di Hornsea, East Yorkshire, menjadi tidak keruan.

Ini kerana sejak enam minggu lalu rumah mereka menjadi tumpuan pemain Pokemon.

Kawasan berkenaan direka untuk tiga ‘PokeStops’ di mana pemain Pokemon Go membanjiri lokasi terbabit untuk mendapatkan lebih banyak `telur’ dan ‘Poke Balls’, yang diperlukan untuk menangkap Pokemon.

Menurut salah seorang penduduk, kehidupan mereka telah bertukar umpama `zombie’ dan keadaan bertambah teruk pada hujung minggu.


Hordes of Pokemon lovers descend on the memorial gardens at all hours of the day and nightSelain membanjiri kawasan berkenaan, pemain Pokemon Go juga telah menyebabkan kerosakan terhadap kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan harta benda awam juga dimusnahkan.

“Kami tidak mendapat tidur yang mencukupi pada waktu malam kerana mereka membuat bising dan mengganggu lalu lintas, sepanjang masa 24/7.

“Ia sepatutnya menjadi taman memorial namun kini ia menjijikkan dan menganggu ketenteraman awam,’’ katanya.

Keadaan ini memaksa penduduk membuat laporan polis susulan gangguan terbabit.