VIDEO United Tewaskan Bournemouth, Zlatan Tunjuk Taring

Penyerang sensasi, Zlatan Ibrahimovic membuka jaringan gol bersama Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas membenam Bournemouth 3-0, sebentar tadi.

Selepas menewaskan Leicester City minggu untuk merangkul gelaran Perisai Komuniti di Wembley, skuad kendalian Jose Mourinho sememangnya mahu terus mengekalkan momentum kemenangan ketika berdepan Bournmouth.

Namun kunjungan United ke laman bournemouth tidak begitu mudah, dengan tuan rumah juga menguji kemampuan barisan baru mereka.

Jaringan pertama United terhasil pada minit ke-40, Juan Mata tidak mensia-siakan peluang selepas penjaga gol Bournemouth melakukan kesilapan.


Bersambung di babak kedua, United terus garang sebelum Wayne Rooney menambah kelebihan United minit ke-59.

Zlatan yang menjaringkan gol kemenangan minggu lalu, mencetak gol ketiga buat United menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-64.

Bagaimanapun Bournemouth berjaya sekurang-kurangnya memastikan United tidak pulang dengan kemenangan bersih apabila Adam Smith merapatkan jurang dengan keputusan 3-1.

Tiada jaringan menyusul, sekaligus Mourinho lulus ujian pertama Liga Perdana bersama United.

VIDEO