Video United Seri Bertemu Everton, Perlawanan Testimonial Yang Diingati Rooney

Gareth Barry (right) attempts to block an effort from Wayne Rooney during the striker's testimonial at Old TraffordKapten Manchester United, Wayne Rooney menganggap perlawanan testimonial menentang bekas kelabnya, Everton sebagai ‘malam yang akan dikenang’ selepas para penyokong hadir untuk menyaksikan perlawanan yang berakhir tanpa jaringan itu. 

Selepas 12 tahun berbakti di Old Trafford, pemain berusia 30 tahun itu diberi tepukan gemuruh dari segenap stadium ketika dikeluarkan pada awal separuh masa kedua.

“Sudah nyata ia merupakan aksi penting dalam persiapan kami, tapi untuk saya, ia adalah malam yang akan dikenang selalu,” kata Rooney kepada BT Sport.


“Berjalan masuk ke dalam padang bersama anak-anak adalah sesuatu yang istimewa buat saya. Salah seorang anak saya duduk di bangku simpanan adalah sesuatu yang tidak akan saya lupakan.”

Bagaimanapun, penyerang berpengalaman itu menegaskan apa yang dikhuatirinya adalah mengenai tujuan perlawanan amal itu dalam usaha mengumpul dana kebajikan melalui penjualan tiket.

“Mesej penting yang kami cuba sampaikan adalah dana yang dikumpulkan untuk tujuan kebajikan.

“Itulah matlamat utama.

“Penyokong yang hadir memberikan sokongan yang cukup menarik, usaha ini akan membawa perubahan besar kepada nyawa kanak-kanak.”

United akan beraksi dalam perlawanan pembuka tirai musim ini untuk merebut Piala Sumbangsih – Perisai Komuniti berdepan penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Leicester City.