VIDEO Perlawanan Perak Bertemu JDT Panas!

Tamat perlawanan, padang kecohSejurus tamat perlawanan Liga Super antara Perak dan JDT suasana menjadi kecoh apabila kedua-dua penyokong pasukan saling membuat provokasi.

SEKURANG-kurangnya dua penyokong pasukan bola sepak JDT dan seorang jurufoto akhbar NSTP cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras dalam kekecohan yang berlaku di Stadium Perak di sini malam tadi.‎

Kekecohan berlaku selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat ‘The Southern Tigers’ dalam saingan Liga Super.

Ketika penyokong JDT berada di tengah padang bagi meraikan kemenangan itu, provokasi tercetus sehingga menyebabkan para penyokong kedua-dua pasukan saling membaling botol minuman selain turut melontar mercun.

Namun biarpun diarahkan memasuki padang, penyokong JDT telah bertindak merosakkan papan iklan selain mencabut tiang bendera sepakan sudut dan terus bertindak balas membaling objek kepada penyokong Perak.

Setengah jam kemudian, kira-kira 1,000 penyokong JDT diarahkan oleh pihak keselamatan untuk berkumpul di tengah padang sebagai langkah keselamatan selama hampir satu jam.


Sementara itu, jurufoto NSTP yang cedera, Supian Ahmad, 36, mendakwa beliau diserang penyokong JDT di tengah padang selain dipijak di beberapa bahagian badan.

“Kamera saya yang bernilai kira-kira RM30,000 juga dirampas dan saya mengalami kecederaan di kaki, mata dan perut akibat dipijak,” katanya.

Menurut Supian, 36, segelintir penyokong Johor DT bertindak menyerbu ke arah jurukamera yang berada di belakang pintu gol. “Pada mulanya, salah seorang daripada mereka menarik saya sehingga jatuh dan memukul bahagian muka sebelum memijak belakang leher. “Saya tidak sempat untuk mengelak serangannya.

“Ketika itu, saya menyedari kamera dan lensa sudah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi. Insiden tersebut menyebabkan kedua-dua mata dan leher Supian bengkak. Jelasnya, dia mengesyaki penyokong yang menyerangnya itu berada dalam pengaruh alkohol berikutan bau daripada mulut salah seorang daripada mereka yang menyerangnya.

Bagaimanapun kamera tersebut telah dijumpai semula di padang setelah polis selesai membuat pemeriksaan kepada penyokong.

Keadaan mula tenang pada 12.35 tengah malam dan polis kemudian mengiring bas pemain kedua-dua pasukan untuk meninggalkan stadium, bagaimanapun penyokong pelawat masih tidak dibenarkan keluar.

Walaubagaimanapun, penyokong Perak yang tidak berpuas hati terus menyerang bas yang membawa pemain JDT dengan membaling batu.