VIDEO Manchester United Juarai Community Shield, Paul Pogba Sah Kembali

Manchester United menjuarai Community Shield setelah menumpaskan Leicester City. Dua jaringan Red Devils dijaringkan oleh Jesse Lingard dan gol tandukan Zlatan Ibrahimovic di minit akhir permainan.

Gol tunggal Leicester City dijaringkan oleh Jamie Vardy hasil kesilapan Fellaini di depan pintu gol.

Sementara itu United secara rasminya mengumumkan bahawa Paul Pogba akan menjalani pemeriksaan perubatan di Pusat Latihan AON United untuk melengkapkan perpindahannya dari Juventus.