VIDEO Lineker Tunai Janji, Pakai Boxer Di Kaca TV

Brave: Gary Lineker has appeared on Match of the Day in white boxer shorts after promising to do so after Leicester City won the Premier League titleBekas bintang Leicester City dan England, Gary Lineker, melunaskan janjinya apabila muncul secara langsung di kaca televisyen dengan hanya berseluar dalam.

Disember lalu, Lineker berjanji akan muncul di kaca televisyen dengan hanya memakai seluar dalam jika Leicester merangkul kejuaraan liga.

Skuad kendalian Claudio Ranieri menyempurnakan misi mustahil musim lalu apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 10 mata, dan Lineker yang berpegang pada janjinya, mengacarakan aksi pembukaan pada Sabtu dengan hanya berseluar dalam.

Meskipun memilih memakai seluar pendek dan bukannya seluar dalam sebenar, namun Lineker dan penyiar rancangan tersebut menerima pujian susulan tindakan pemain itu yang mengotakan janjinya.

“Ini adalah keajaiban sukan yang terbaharu dalam hidup saya,” ujar Lineker yang menjaringkan 95 gol dalam 194 penampilan bersama Leicester.

“Ketika saya memuat naik tweet yang kurang bijak itu Disember lalu, saya tahu ketika itu Leicester tidak berpeluang untuk menjadi juara. Tetapi sebaliknya yang berlaku, apa pun saya gembira,” ujarnya.

Misi juara bertahan, Leicester City, dimulakan dengan kekalahan 2-1 kepada Hull City pada Sabtu.