VIDEO Arsenal Tumbang Ditangan Liverpool Di Laman Sendiri

The Liverpool squad jump onto manager Jurgen Klopp's back as they celebrate at the Emirates StadiumLiverpool berjaya mengalahkan tuan rumah Arsenal dalam perlawanan pertama mereka di Liga Perdana dengan jaringan 4-3.

Theo Walcott menjaringkan gol pertama untuk The Gunners pada minit ke-31 setelah gagal dalam sepakan penalti sebelumnya.

Namun Philippe Coutinho menyamakan kedudukan menjadi 1-1 hasil tendangan bebas yang di penghujung babak pertama.


Memasuki separuh masa kedua, Liverpool menambah tiga gol lagi menerusi Adam Lallana, Coutinho, dan Sadio Mane.

Ketinggalan telak 1-4 tidak membuatkan Arsenal berputus asa dan merapatkan defisit jaringan dengan dua gol dari Alex Oxlade-Chamberlain serta Calum Chambers.

Bagaimanapun Arsenal gagal untuk mencari gol penyamaan dan Liverpool berjaya mengutip mata penuh di Stadium Emirates, London, dengan jaringan 4-3.

VIDEO