Tolak Tawaran FIFA, Hamas Hargai Komitmen Malaysia Sokong Palestin

Palestinians hold banners as they demonstrate in Ramallah demanding the expulsion of Israel from FIFAKUALA LUMPUR 19 Ogos – Keputusan Malaysia menolak tawaran menjadi tuan rumah Kongres Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2017 membuktikan komitmen kerajaan dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Menurut Hamas, rakyat Palestin amat menghargai tindakan berani yang diambil Malaysia itu.

“Keputusan tersebut menegaskan pendirian Malaysia yang menolak sebarang hubungan dengan rejim Zionis Israel.


“Kami amat mengalu-alukan pendirian ini serta mendoakan supaya Malaysia terus makmur dan maju,” kata Hamas dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran hari ini.

BACA: Tiada Hubungan Diplomatik Dengan Israel, Malaysia Tolak Jadi Tuan Rumah Kongres FIFA 2017

Pada 13 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan tersebut dibuat kerana kerajaan tidak mahu meletakkan negara dalam risiko yang terlalu tinggi terutamanya dalam soal keselamatan dan penglibatan Israel.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan berpegang kepada dasar tidak me­nerima negara yang tiada hubungan diplomatik dengan Malaysia, le­bih-lebih lagi syaratnya perlu mengibarkan bendera di meja dan di luar tempat persida­ngan.