Terlibat Kumpulan Pengganas, Hakan Sukur Diburu Kerajaan Turki

hakan sukur wallpaperWaran tangkap telah dikeluarkan terhadap bekas penyerang Inter Milan dan Turki, Hakan Sukur, menurut laporan media negara itu.

Sukur difahamkan merupakan penyokong kuat ulama Turki, Fethullah Gulen, yang dituduh sebagai dalang utama di sebalik insiden rampasan kuasa Turki pada 15 Julai lalu.

Insiden rampasan kuasa tersebut telah meragut 270 nyawa dalam percubaan menggulingkan Presiden Turki, Recep Erdogan.

Pegawai negara itu mendakwa Sukur terlibat dengan kumpulan pengganas kerana menjadi pengikut kuat Fethullahist Terrorist Organisation yang dikatakan diketuai Gulen.


Gulen, yang menjalankan rangkaian pusat kebajikan dan sekolah, menafikan terlibat dalam ramapasan kuasa tersebut.

Sukur digelar sebagai ‘Bull of the Bosphorus’ susulan merekodkan 51 gol dalam 112 penampilan bersama Turki.

Bekas pemain yang berusia 44 tahun itu juga pernah beraksi bersama Inter Milan, Parma dan Blackburn Rovers.

Selepas bersara pada tahun 2007, dia terlibat dalam bidang politik pada tahun 2011 sebelum meletak jawatan dua tahun kemudian.