Rio 2016: Gatlin Semakin Perlahan – Bolt

Usain Bolt of Jamaica (left) shakes hands with Justin Gatlin from the U.S. as he poses for photographers after winning the men's 200 metres final during the 15th IAAF World Championships at the National Stadium in Beijing. File photoUsain Bolt tidak terkejut melihat kegagalan Justin Gatlin melayakkan diri ke acara akhir 200 meter di Sukan Olimpik Rio 2016, sambil menganggap pelumba Amerika Syarikat itu “semakin perlahan”

Penyandang juara dan pemegang rekod dunia, Bolt, menempah tempat dalam perlumbaan akhir selepas memenangi separuh akhir dengan 19.78 saat, catatan terbaiknya musim ini, mengatasi catatan Andre De Grasse dari Kanada.

Gatlin pada awalnya dilihat sudah bersedia untuk menyertai pelumba Jamaica itu dalam peringkat akhir, tetapi telah disingkir oleh pelumba Panama, Alonso Edward, dan pelumba Belanda, Churandy Martina, selepas Gatlin mengambil masa 20.13s

Bolt menewaskan Gatlin dalam persaingan merebut emas acara 100 meter pada hujung minggu, dan dia berasakan Gatlin telah menunjukkan tanda-tanda penurunan dalam pertemuan mereka itu.


“Saya benar-benar tidak terkejut, saya fikir dia sebenarnya melakukan dengan baik tetapi saya boleh beritahu, dalam 100m dia perlahan,” kata Bolt.

Pelumba berusia 29 tahun itu mencatat rekod dunia 200m dengan kepantasan 19.19s di Berlin pada tahun 2009, dan dia berharap ia semakin laju pada aksi final malam ini.

“Saya pasti, saya fikir saya boleh cuba untuk rekod dunia, saya benar-benar rasainya,” kata Bolt.

“Saya perlu berlari dengan berkesan, lurus dan berlari dalam perlumbaan yang sempurna.

“Saya mengharapkan lorong enam atau tujuh, mungkin dapat berlari lancar seperti yang saya boleh.”