Remaja Berpakaian Tentera Cuba Ceroboh Kem Dicekup

Batu Pahat: Seorang remaja berusia 17 tahun yang lengkap berpakaian ala tentera ditahan ketika cuba menceroboh masuk sebuah kem tentera di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, kejadian berkenaan berlaku jam 11.55 pagi semalam apabila remaja terbabit cuba memasuki kem tentera dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC.


Menurutnya, remaja terbabit kemudian ditahan di pintu masuk kem kerana gagal memperkenalkan identiti diri selain tidak membawa Mykad bersamanya.

“Menyedari kehadiran remaja terbabit yang mencurigakan, anggota bertugas kemudian menahan suspek untuk siasatan sebelum menyerahkannya kepada polis. Siasatan awal mendapati remaja terbabit mempunyai masalah mental dan kehadirannya ke kem terbabit adalah untuk belajar selok belok untuk menjadi seorang tentera.

Menurutnya, siasatan juga mendapati suspek tiada kaitan dengan sebarang unsur ancaman keselamatan dan kini masih ditahan untuk tindakan selanjutnya.

HMetro