Mourinho Patut Dipenjarakan – Stefanovic

Bastian Schweinsteiger (with ball) is looking forward to working with  Jose Mourinho (right)MANCHESTER – Ahli Lembaga Pengarah Ke­satuan Pemain Bola Sepak Dunia (FIFPro), Dejan Stefanovic tanpa berselilndung menegaskan, Jose Mourinho patut dipenjarakan kerana ‘membuli’ Bastian Schweinsteiger.

Schweinsteiger yang berpindah menyertai Manchester United­ selepas meninggalkan Bayern Munich sejak awal musim lalu mendedahkan, dia kini berasa tersisih apabila Mourinho selaku pengurus baharu pasukan itu me­ngarahkannya menjalani latihan bersama skuad simpanan.

Sehubungan itu, Stefanovic percaya, kapten skuad Jerman yang pernah menjulang Piala Dunia itu mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kelab serta pe­ngurus dari Portugal itu.


“Memang jelas Mourinho sedang membuli Schweinsteiger. Kalau di Slovenia, tindakan Mourinho itu akan dikenakan denda maksimum, penjara tiga tahun. Mourinho sedang menjatuhkan moral Schweinsteiger.

“Bagaimanapun, ramai peminat menyokong tindakan sedemikian kerana menganggap Schweinsteiger telah menerima bayaran daripada pihak kelab dia dan perlu menerima sebarang tugasan yang diberikan.

“Saya fikir, dia perlu merujuk perkara ini kepada Persatuan­ Bola Sepak Profesional (PFA) dan saya akan cuba memastikan Mou­rinho didenda.

“Mourinho sedang menunjukkan sikap tidak baik. Kalau saya di tempat Schweinsteiger, saya akan bawa perkara ini ke mahkamah. Tiada hukuman yang setimpal selain penjara tiga tahun,” tegas Stefanovic. – Agensi