Jambatan Kaca Tertinggi, Terpanjang Dibuka Di China

Jambatan Kaca Tertinggi, Terpanjang Dibuka Di ChinaZHANGJIAJIE – Jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di dunia dibuka di kawasan pergunungan Zhangjiajie di China semalam hasil inspirasi daripada filem Avatar.

Jambatan sepanjang 430 meter dan tergantung 300 meter dari permukaan tanah yang bernilai AS$3.4 juta (RM14.6 juta) itu merentangi tebing gunung di Taman Zhangjiajie, di wilayah Hunan, China.


Jambatan dengan kelebaran enam meter yang diperbuat daripada 99 panel kaca itu mampu menampung 800 orang pada satu-satu masa.

Pelancong boleh berjalan merentas jambatan itu yang direka seorang arkitek Israel, Haim Dotan dan mereka yang berani boleh mencuba membuat lompatan bungee atau flying fox. – AFP/BH ONLINE