EPL: Klopp Sukar Terima Kekalahan Liverpool

Sturridge played 64 minutes for Liverpool before he was replaced by Belgium international Divock OrigiBURNLEY, United Kingdom 21 Ogos – Jurgen Klopp mengakui gugup dengan kekalahan mengejut Liverpool 2-0 ke atas pendatang baharu Liga Perdana Inggeris, Burnley biarpun pasukannya menguasai 80 peratus perlawanan.

Malah, bos Liverpool itu turut kecewa apabila anak buahnya gagal mencipta sebarang peluang mendapatkan jaringan terutama pada separuh masa pertama berbanding pasukan lawan.


“Bagaimana saya boleh untuk gembira dengan semua ini?

“Apabila kami memberikan gol kepada lawan, mereka mempertahannya sehingga tamat perlawanan, malah saya dapat lihat dua penyerang mereka bekerja keras untuk mendapatkan jaringan,” kata Klopp.

Pada perlawanan tersebut, dua gol Burnley dijaringkan oleh Sam Vokes seawal minit kedua dan Andre Gray pada minit ke-37. – AFP