Baddrol Bakhtiar Cekup Suspek Pecah Masuk Rumahnya

Tiga remaja lelaki berusia lingkungan 15-18 tahun ditahan polis selepas memecah masuk ke kediaman pemain bola sepak negeri Kedah, Baddrol Bakhiar di Ampangan Height, Sungai Petani.

Kejadian disedari Baddrol pagi tadi selepas dimaklumkan oleh jirannya.

Pemeriksaan mendapati suspek mengumpil pintu tepi rumah, sebelum keluar menggunakan pintu belakang yang berkunci dari dalam.


Antara barangan yang hilang seutas jam tangan berjenama, beg barangan sukan, set CCTV, kasut dan wang syiling dianggarkan sekitar RM300.

Penahanan suspek pertama dilakukan Baddrol sendiri, yang kemudiannya membawa kepada penahanan dua lagi suspek di sebuah rumah di kawasan perumahan yang sama.

Beberapa barangan yang dicuri turut ditemui dilokasi sama.

Kesemua suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.