Zlatan Ibrahimovic Lengkapkan Perpindahan Percuma Ke Manchester United

Zlatan IbrahimovicLONDON 2 Julai – Bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic akhirnya melengkapkan perpindahan secara percuma ke Manchester United semalam, sekali gus bergandingan bersama pengurus baharu kelab itu, Jose Mourinho.

Pemain berusia 34 tahun itu menjadi pemain kedua di bawah pengurusan baharu Jose Mourinho pada Jumaat dan mengakui dia amat teruja untuk menyertai United.

Pemain berusia 34 tahun itu meninggalkan juara Liga Perancis, Paris Saint Germain pada hujung musim lalu selepas menjaringkan 156 gol dalam 180 penampilan.

Ibrahimovic telah menandatangani kontrak perjanjian selama setahun di Old Trafford bernilai 200,000 pound (RM1,064,366 juta) seminggu.

“Saya sangat gembira dapat menyertai Manchester United dan bersedia untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana,” jelasnya.

Ibrahimovic pernah beraksi untuk Mourinho ketika mereka berdua bersama kelab Itali, Inter Milan.

“Saya gembira menyertai Manchester United dan tidak sabar untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris,” kata Ibrahimovic.

United dilaporkan masih memburu Paul Pogba untuk memperkuatkan serangan mereka.