Selangor Lepaskan Azrif Nasrulhaq ke JDT

Akhirnya Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bersetuju untuk melepaskan Azrif Nasrulhaq untuk berhijrah ke JDT.

Setelah meneliti tawaran yang dikemukan oleh PBNJ pengurusan FAS bersetuju untuk melepaskan Azrif untuk bermain bersama JDT.

Butir-butir dan nilai perpindahan dirahsiakan untuk menjaga hati semua pihak.

Isu perpindahan Azrif menjadi perbualan dan berlarutan kerana pihak Selangor enggan melepaskannya kerana Mohd Azrif telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga 30 November 2017 bersama FAS dan secara tiba-tiba beliau bersetuju untuk penyertai JDT.

Perlawanan Selangor menentang Kuala Lumpur yang lalu merupakan perlawanan terakhirnya bersama Selangor.