Pemain PDRM, Perak Positif Dadah Digantung Dua Tahun

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 26 Julai 2016 (Selasa) telah mencapai keputusan untuk menggantung Muhammad Shafiq Jamal dan Muhammad Firdaus Saiyadi dua tahun.

Sampel air kencing pemain pasukan PDRM, Muhammad Shafiq Jamal telah diambil pada perlawanan Liga Super 2016 antara pasukan PDRM lawan pasukan Perak di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 4 Mei 2016.


Sampel air kencing pemain pasukan Perak, Muhammad Firdaus Saiyadi pula telah diambil pada perlawanan Liga Super 2016 antara pasukan PDRM lawan pasukan Perak di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 4 Mei 2016.

Kedua-dua pemain telah didapati positif ujian doping dan didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 6 Peraturan AFC Anti-Doping 2016’ berkenaan ‘Peraturan Anti-Doping’ dan dikenakan hukuman digantung selama dua (2) tahun daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak bermula dari 9 Jun 2016 hingga 8 Jun 2018.