Paul Pogba Semakin Hampir ke Manchester United

Man United are working on a deal to bring Paul Pogba back to the clubLONDON 20 Julai – Setelah Juventus menolak tawaran 85 juta pound (RM447.2 juta) yang dikemukakan Manchester United untuk mendapatkan bintang tengah mereka Paul Pogba, United akhirnya dikhabarkan bersetuju memenuhi tawaran rekod dunia bernilai 100 juta pound (RM526.12 juta) dengan kontrak 5 tahun beserta gaji £210,000 seminggu.

Tukang gunting Pogba menyataka Pogba akan ke kelab baru dan selepas itu memadamkan kembali postnya di instagram.

Difahamkan, Juventus sudah menerima hakikat bahawa Pogba mahu meninggalkan Turin walaupun tawaran yang dituntut terlalu tinggi dan tidak dapat dipenuhi beberapa kelab utama, termasuk juara Eropah, Real Madrid.

United mengemukakan tawaran kepada Juventus dalam satu pertemuan melibatkan Naib Pengerusi Eksekutif kelab, Ed Woodward; ejen Pogba, Mino Raiola serta Ketua Pengurus dan Ketua Pengarah Eksekutif Juventus, Giuseppe Marotta.

Real Madrid juga telah menghubungi ejen Pogba untuk mendapatkannya.