Nombor Plat ‘F1’ Milik Sultan Johor

PUTRAJAYA: Sultan Johor dilapor memenangi bidaan nombor plat kenderaan F1.

Menurut laporan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membida turutan nombor baharu bagi Putrajaya itu pada nilai RM836,660.

Menurut laporan itu lagi, nombor plat F2 pula telah dibida pada harga RM514,800 oleh Goh Fong Yee.


Sementara itu, bidaan bagi nombor plat F9 dimenangi oleh Trans Penang Inn Sdn Bhd pada nilai RM404,800, manakala F7 pula oleh Pli Trading Sdn Bhd pada RM396,000.

Sebelum ini Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan “WWW 1” pada 2012 dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Bidaan bagi nombor plat F1 telah menarik perhatian ramai, termasuk pengasas syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang dilapor berhasrat meletakkannya pada kereta Ferrari yang bakal dimilikinya.