VIDEO Khairul Hafiz Lebur Rekod Watson Nyambek

Photo published for Malaysia's fastest man: Khairul Hafiz Jantan breaks Watson Nyambek's 100m record with 10.18sPelari pecut kontinjen Melaka, Khairul Hafiz Jantan melakukan larian bersejarah apabila mencatatkan masa 10.18s sekali gus memecah rekod kebangsaan milik Watson Nyambek dalam acara 100 meter temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-18, sebentar tadi.

Juara Kejohanan Remaja Asia di Ho Chi Minh, Vietnam, Khairul Hafiz telah mencatatkan 10.44s pada separuh akhir pertama di Stadium Sarawak, dalam saingan di sebelah pagi.

Pelari dari Sarawak, Jonathan Nyepa mengakhiri saingan di tempat kedua dengan catatan masa 10.36s manakala Badrul Hisham Abdul Manap di tempat ketiga dengan catatan masa yang sama.


Awal bulan lalu Khairul Hafiz Jantan mencipta kejutan apabila mengungguli acara 100 meter untuk meraih pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Remaja Asia ke-17 di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam, hari ini.

Ia merupakan sejarah buat negara kerana ia adalah pingat emas sulung Malaysia dalam kategori 100m sepanjang penyertaan atlet kebangsaan sejak ia dipertandingkan pada 1986.

Atlet yang bakal mencecah usia 18 tahun pada bulan depan itu mencatatkan masa 10.36 saat, meninggalkan pelari Jepun, Ippei Takeda di tempat kedua (10.41s) dan Abdullah Abkar Mohammed dari Arab Saudi (10.45s).